Permasalahan dan penjelasan berhubung Wali Nikah

Wali adalah orang yang memiliki kuasa penuh untuk menjalankan sesuatu akad nikah atau mengahwinkan seseorang perempuan. Wali juga berhak untuk melangsungkan sendiri sesuatu akad nikah itu ataupun mewakilkannya kepada juru nikah. Wali nikah terbahagi kepada 2 jenis yaitu,
1) Wali Nasab,
2) Wali Hakim.

Penjelasan Wali Nasab
Wali nasab adalah wali yang ada ikatan dan hubungan kekeluargaan dengan pengantin perempuan yang bakal dikahwinkan, mereka itu adalah seperti,
1) Bapa pengantin perempuan (Wali Akrab)
2) Datuk sebelah bapa
3) Saudara lelaki seibu sebapa
4) Saudara lelaki sebapa
5) Anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa
6) Anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa
7) Bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa
8) Bapa saudara dari pihak bapa sebapa
9) Anak lelaki kepada bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa
10) Anak lelaki kepada bapa saudara dari pihak bapa sebapa
11) Bapa saudara kepada bapa yang seibu sebapa
12) Bapa saudara kepada bapa sebapa

Penjelasan Wali Hakim
Wali hakim adalah wali yang dilantik dan diberi tauliah oleh ketua atau kuasa pemeritah Islam kepada seseorang untuk mengakad nikahkan perempuan yang hendak berkahwin melalui cara berwalikan hakim. Bagi wilayah atau negeri yang pemimpin negaranya bukan beragama Islam ataupun negara yang didiami itu bukanlah sebuah negara Islam, wali hakim bolehlah dilantik oleh masyarakat Islam setempat dengan memilih mereka yang lebih alim serta mahir dalam selok belok agama.

author
Author: 

    Related Post "Permasalahan dan penjelasan berhubung Wali Nikah"

    Belajar dari Adzan
    Adzan yang sering kita dengar setiap hari,
    FIQH: Mengenal Ilmu Fiqh
    Ada banyak teropong ilmu Islam yang bisa
    Istri Berzina, Haruskah Dipertahankan?
    Pertanyaan : Jika seorang suami yang melakukan
    Lima kewajiban muslim terhadap muslim lainnya
    Dari Abi Hurairah ra. bahwa Rasulullah saw

    Leave a reply "Permasalahan dan penjelasan berhubung Wali Nikah"